Surah

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
-(Surah Ar-Ra'd:11)

Modul Rawatan

PENGENALAN
Rumah Shiqal memberi rawatan serta pemulihan dadah berteraskan pada kaedah global dan diadunkan dengan ciri ciri islam.
Pendekatan yang diterapkan mempunyai unsur unsur syumul berlandaskan pada AlQuran dan Hadis.
Ia merupakan rawatan alternative dalam konsep pemulihan dadah yang sediada.
Penilaian secara taaruf, tafahum dan takaful menjadi intipati dalam konsep kami.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

KAEDAH RAWATAN

TERBAHAGI KPD 5 BAHAGIAN:-

·         DETOKSIFIKASI
membuang ketagihan 
bekam
·         FIZIKAL
·         KEROHANIAN
·         UKHWAH
·         EKONOMI

DETOKSIFIKASI  sila baca artikel 'apakah itu detoksifikasi?' dalam page info*
Untuk menghilangkan kesan ketagihan peringkat mula

  • Urutan
  • Bekam
  • Permandian wap herba

FIZIKAL
Untuk menguatkan kembali tubuh badan

  • Senaman ringan
  • Terapi kerja
  • Ramuan ubat ubatan tradisional

                                                                                                                                                                  
KEROHANIAN
Untuk mengenali diri berteraskan pada ayat; “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” Al-asr 103:2&3

  • Solat taubat
  • Usrah
  • Pengajian/kuliah


UKHWAH
Mendekatkan diri dengan masyarakat

  • Program kemasyarakatan bersama AADK
  • Mengikuti program komuniti bersama Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak
  • 12 Langkah pemulihan
  • Program FA (family association) bersama keluarga.

EKONOMI
Memahirkan diri dalam kerjaya

  • Pratikal perniagaan
  • Latihan
  • Peluang perkongsian

No comments:

Post a Comment