Penubuhan Rumah Shiqal pada 2008 oleh sdr. Shamzuri Osman atas kesedaran beliau untuk membantu mereka yang senasib beliau suatu ketika dulu. Terjebak dengan heroin ketika usia semuda 13 tahun (1978), sehinggalah 2007 (hampir 29 tahun) menyedarkan beliau betapa nilainya erti sebuah kebebasan.
Melalui Rumah Shiqal kegigihan beliau untuk membantu rakan rakan bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai sekiranya benar benar ikhlas berusaha selain mendapat pertolongan dan hidayah dari ALLAH swt.
Walaupun sedar jalan yang akan ditempuh masih jauh dan berliku, perjuangan akan tetap diteruskan, dalam ertikata sebenar,"pemulihan serta rawatan penagihan adalah perjuangan sepanjang hayat"....,
No comments:
Post a Comment