Saya ingin memulakan 'posting' saya ini dengan cuba membawa tuan/puan memahami ertikata sebenar
SIAPA KAH ITU PENAGIH DADAH ?
Sekiranya kita cuba memahami golongan insan insan ini, dengan sendirinya nanti akan tuan/puan dapat menerima seadanya bahawa insan insan ini boleh DIRAWATI dengan kaedah yang akan saya terapkan dalam perawatan dan pemulihan yang kami jalankan.
Oleh itu, saya akan cuba membawa tuan/puan melayari ilmu ini sebaik yang mungkin.
Kita mulakan dengan tajuk, "SIAPA ITU PENAGIH DADAH" !
Menurut pendekatan NA (Narcotics Anonymous) -klik sini penagih dadah didefinasikan sebagai kumpulan manusia yang telah dikuasai oleh sejenis penyakit yang berterusan dan progresif dimana kesudahannya adalah PENJARA, PUSAT DAN MAUT. Keseluruhan gaya hidup 'mereka' bergantung pada dadah.
nota- MAKSUDNYA PENGGUNA DADAH ITU BERGANTUNG SEPENUHNYA PADA PENGGUNAAN DADAH ITU SENDIRI. DALAM ERTIKATA MEREKA TELAH MENJADIKAN IA TABIAT DALAM KESELURUHAN HIDUP MEREKA
Kita lihat pula apa kata Prof. Doug Sellman dari Universiti of Otaga, New Zealand,
Menurut Doug Sellman .-klik sini doug didalam artikelnya " The 10 most important things known about addiction"
- Perkara yang paling penting untuk mengetahui tentang ketagihan adalah mengenai asas kelakuan yang kompulsif (kerap).
- Semua tabiat itu berasal diluar kesedaran minda (unconscious mind) Rentetan dari itu, ia menjadi amat sukar untuk diubah dan akan menjadi lebih sukar apabila diganggu.
- 50% sifat ketagihan boleh diwarisi. Dalam erti kata lain, latar belakang keluarga dan genetik memainkan peranan yang agak besar .
- Yang paling penting adalah bahawa mereka ini sering mempunyai masalah psikiatri (psychiatric disorder), yang boleh merumitkan lagi perkara.
- Ketagihan yang kerap berulang telah membentuk perwatakan, dan tidak boleh berharap untuk mengatasi ketagihan dengan percubaan yang pertama.
- Hasil dari pelbagai bentuk psikoterapi mungkn memberi kesan yang serupa berdasarkan pada kebiasaan diantara mereka.(ie. ikatan yang kukuh dengan rakan yang dipercayai)
- Pendekatan motivasi bukanlah satu pendekatan yang sesuai kepada ketagihan. Ini disebabkan setiap individu mempunyai masalah yang tertentu, oleh itu adalah penting untuk mencari kaedah bagaimana untuk melibatkan setiap individu penagih itu dalam proses pemulihan. (sebagai contoh, Sellman menerangkan bagaimana empati amat penting dalam hal ini).
- Perawat (eg.doktor) perlu mencari berbagai pendekatan seluas luasnya untuk individu itu sebaik mungkin. Ini bermakna menggabungkan pelbagai pendekatan baru, termasuk ubat-ubatan preskripsi, terapi keluarga, sokongan sosial, undang-undang, menyediakan penginapan dan banyak lagi .
- Penting tentang ketagihan ialah epiphanies*. Walaupun ia jarang berlaku, namun amat menarik dan sentiasa mendapat tempat dikalangan masyarakat. *manifestasi, penampilan yang menarik, adalah satu pengalaman kesedaran secara tiba-tiba dan menarik. Secara umumnya istilah ini digunakan untuk menggambarkan penemuan saintifik, agama atau penemuan falsafah, tetapi ia boleh digunakan dalam apa-apa keadaan di mana satu kesedaran yang membolehkan masalah atau keadaan boleh difahami dari perspektif yang baru dan lebih mendalam. Ia agak jarang berlaku dan secara umumnya mengikut proses pemikiran penting mengenai masalah. Selalunya dicetuskan oleh maklumat baru dan utama, tetapi penting,untuk dihayati secara lebih mendalam
- Dan akhir sekali,perubahan memerlukan masa yang lama(bulan atau tahun ,gagal dan cuba lagi). Beliau menyokong pentingnya kesabaran dan ketekunan dalam mengamalkan tingkah laku yang baru dalam jangka masa yang panjang. Beliau menyimpulkan dengan merayu kepada . semua profesional yang terlibat dalam memerangi ketagihan, dia meminta bahawa mereka semua bekerjasama dalam menggabungkan semua bidang ilmu kepakaran kerana diperlukan
nota- DALAM PENGAMATAN SAYA, 10 PERKARA YANG DISEBUT OLEH PROF. INI ADA BENARNYA, JIKA KITA LIHAT DARI PERSEKTIF AGAMA KITA SENDIRI (ISLAM), TERDAPAT BANYAK AYAT AYAT ALQURAN SERTA HADIS HADIS YANG MENYENTUH SOAL AKHLAK.(saya akan posting kan nanti dalam bab MENURUT PANDANGAN ISLAM DAN CARA MERAWATNYA, insyallah).10 PERKARA INI JUGA ADALAH ANTARA YANG TERMASUK DALAM 'FOKUS POINT' KITA DALAM PERAWATAN
Cuba tuan/puan menyelami apa yang dimaksudkan oleh Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV) dari US ini pula, menagih dadah atau pergantungan bahan ditakrifkan sebagai:
"Apabila seseorang individu berterusan dalam penggunaan alkohol atau ubat-ubatan lain walaupun bermasalah dalam penggunaannya, ia dianggap sebagai pergantungan. Apabila penggunaan dikurangkan atau dihentikan dari penggunaan secara kompulsif dan berulang-ulang, ia akan menyebabkan toleransi serta ketagihan kesan dari gejala dadah itu. Selain dipanggil sebagai Penyalahgunaan Dadah (Substance Abuse) ia juga boleh dianggap sebagai Gangguan Penggunaan Bahan (Substance Use Disorders).
Pergantungan Bahan (Substance dependence) boleh didiagnosiskan sebagai pergantungan secara fisiologi, bukti toleransi secara nyata atau ketagihan, atau pun tanpa pergantungan secara fisiologi".
dan yang ini,
American Society of Addiction Medicine mendefinasikan bahawa;
· penagihan dadah berbeza daripada pergantungan dadah atau toleransi dadah. Di kalangan ahli sains dan penulis-penulis, agak menjadi kebiasaan untuk menerima konsep penagihan dadah termasuklah mereka yang bukan penagih dadah dalam ertikata sebenar mengikut takrif American Society of Addiction Medicine.
Penagihan dadah kemudian telah dikategorikan dengan maksud yang sama, di bawah DSM-IV, iaitu boleh didiagnosiskan sebagai pergantungan bahan atau penyalahgunaan dadah.
Terma penyalahgunaan dadah dan ketagihan dadah yang telah digunapakai telah ditakrifkan semula sejak beberapa tahun ini. Pada 1957 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Expert Committee on Addiction-Producing Drugs telah mentakrifkannya sebagai “ketagihan dan perubahan tingkahlaku (habituation) adalah sebagai komponen penting untuk diertikan sebagai penyalahgunaan dadah”
Bagaimana pula yang ini,
Penagihan dadah merupakan keadaan mabuk berkala atau kronik yang dihasilkan oleh penggunaan ubat secara berterusan (semulajadi atau sintetik) termasuklah ciri ciri:.
- keinginan yang terlampau atau keperluan (paksaan) untuk terus mengambil dadah walau apa cara sekali pun
- kecenderungan untuk meningkatkan dos
- psikik (psikologi) dan secara amnya pergantungan fizikal ke atas kesan-kesan dadah, dan
- mendatangkan kesan buruk kepada individu dan masyarakat.
Habituation Dadah (tabiat) adalah suatu keadaan yang disebabkan daripada penggunaan dadah secara berulang. Ciri-cirinya termasuklah;
- keinginan (tanpa paksaan) untuk terus mengambil ubat untuk mewujudkan perasaan yang lebih baik dan sejahtera
- tiada atau pun sedikit kecenderungan untuk meningkatkan dos
- dalam sindrom menahan diri ( ketagihan)dari kesan dadah, terdapat sedikit sebanyak pergantungan psikik, tetapi tiada pergantungan fizikal, dan
- terdapat kesan memudaratkan, jika ada, terutamanya kepada individu.
nota- DAN BANYAK LAGI DEFINASI DEFINASI BERKENAAN DENGAN PENAGIHAN DADAH INI.TETAPI PADA ASASNYA IA BANYAK MENYENTUH SOAL TABIAT, SIKAP SERTA TINGKAHLAKU YANG TELAH MENJADI SEBATI DALAM DIRI PENGGUNA PENGGUNA DADAH BERKENAAN. IA BUKAN LAGI SUATU PENYAKIT YANG BOLEH DIUBATI DANGAN UBAT UBATAN SAHAJA MALAHAN IA PERLU DIRAWAT DARI SEGALA ASPEK TERUTAMANYA SIKAP DAN AKHLAK.
APA ITU DETOKSIFIKASI ?
Dalam proses pemulihan dan rawatan dadah yang kami jalankan, detoksifikasi adalah satu kaedah untuk menyahkan toksin (racun) dalam tubuh badan. Peringkat ini, residen akan menjalani rawatan berpandukan pada ujian klinikal (penilaian).
Rawatan alternatif seperti urutan, bekam serta permandian wap adalah antara ciri ciri rawatan berpandukan alQuran dan Hadis turut disertakan. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
Tempoh rawatan
APA ITU DETOKSIFIKASI ?
Satu proses untuk mengurangkan atau melegakan gejala ketagihan (dipendensi) pada individu. Terdapat kepelbagaian dlm menangani kes ketagihan fizikal ini; Pelbagai kaedah rawatan dan pengalaman diaplikasikan dalam proses ini. Ia tidak semestinya didahului dengan menangani faktor-faktor sosial, ketagihan psikologi, atau isu-isu kompleks yang sering terdapat dalam tingkahlaku dan pergaulan penagih itu.
Terdapat tiga kaedah dalam proses detoksifikasi ini:
- Penilaian Ujian klinikal dijalankan untuk memastikan kandungan dadah tertentu didalam aliran darah dan kuantitinya. Diagnosis kedua pula untuk menilai potensi masalah masalah lain seperti isu-isu mental dan tingkah laku mereka
- Penstabilan Mereka diberi panduan dan sokongan dengan ataupun tanpa bantuan ubat-ubatan, tetapi sokongan serta penerangan daripada mereka yang telah melaluinya amat diperlukan termasuklah dikalangan teman teman rapat serta ahli keluarga
- Panduan dalam Rawatan Persediaan terakhir untuk proses pemulihan sebenar melibatkan kerjasama serta perjanjian daripada mereka untuk memperlengkapkan program proses pemulihan itu sendiri.
Dalam proses pemulihan dan rawatan dadah yang kami jalankan, detoksifikasi adalah satu kaedah untuk menyahkan toksin (racun) dalam tubuh badan. Peringkat ini, residen akan menjalani rawatan berpandukan pada ujian klinikal (penilaian).
Rawatan alternatif seperti urutan, bekam serta permandian wap adalah antara ciri ciri rawatan berpandukan alQuran dan Hadis turut disertakan. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
Tempoh rawatan
Ia akan mengambil masa 7 hari, Insyallah.
No comments:
Post a Comment